| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program&nbsp; Gotong-Royong Khidmat Bakti Jabatan Penjara Negeri Melaka <br>

Pada 25 November  2016 (Jumaat), jam 07.30 pagi bertempat  Pasar Tenggkera  Melaka telah diadakan Program Gotong-Royong anjuran  Pejabat  Pengarah Penjara Negeri Melaka Bersama Swcorp dan Majlis Bandaraya Negeri Melaka  bersama Parol Daerah Melaka Tengah.     Seramai 22 orang ODP terlibat pada program tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg.Datuk Zainal bin Husin, Datuk Bandar  Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah  dah turut  hadir TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Program gotong-royong dimulakan sebaik sahaja  selesai taklimat ringkas oleh Datuk Bandar dan Pengarah Penjara Negeri Melaka mengenai kesedaran  menjaga kebersihan di tempat awam.

Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara ODP dan masyarakat di samping dapat membantu melakukan kerja kebersihan di kawasan  pasar. Aktiviti gotong-royong ini berakhir pada jam 11.00 pagi setelah semua hadirin menikmati jamuan ringan. Pihak Majlis Bandaraya Negeri Melaka  telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan yang diberikan.


""